![]() |
| Burj Khalifa |
![]() |
| Menara KVLY-TV |
![]() |
| Menara CN |
![]() |
| Menara Willis |
![]() |
| Taipei 101 |
Taipei 101 mempunyai 101 buah tingkat di atas tanah dan lima di bawah tanah.
Bangunan ini memegang rekod untuk:
- Tanah sehingga puncak struktur: 509 m (1,671 kaki), sebuah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Menara Berkembar Petronas pada 452 m (1,483 kaki)
- Tanah sehingga ke bumbung: 449 m (1,474 kaki). Sebuah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Menara Sears 442 m (1,451 kaki)
- Tanah sehingga tingkat tertinggi yang diduduki: 439 m (1,441 kaki). sebuah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Menara Sears
- Lif terpantas: 16.83 m/s (37.5 km/j.)
- Kiraan untuk tahun baru terbesar.
Ia tidak memegang rekod untuk:
- Tanah sehingga puncak, yang masih dipegang oleh Menara Sears 527 m (1,729 kaki).
Bumbung Taipei 101 disiapkan pada 1 Julai 2003. Dalam suatu upacara yang diketuai oleh Datuk Bandar Ma Ying-jeou, puncak menara dipasang pada 10 Oktober 2003, membolehkannya mengatasi Menara Berkembar Petronas dengan kelebihan 57 meter (188 kaki).
![]() |
| Pusat Kewangan Dunia Shanghai |
Bangunan tertinggi di Pudong, Shanghai, China. menempatkan pejabat, hotel, bilik persidangan, dek pemerhati dan pusat membeli belah pada tingkat bawah. Hotel Park Hyatt Shanghai merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam bangunan tersebut yang mempunyai 174 bilik dan suite. Berada pada tingkat ke 79 hingga ke tingkat 93 menjadikan ia sebagai hotel tertinggi di dunia mengatasi Grand Hyatt Shanghai yang terletak pada tingkat ke 53 hingga ke tingkat 87 di menara Jin Mao.
![]() |
| KLCC |
Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur
Oke,banyak agy senanye.. Tapi nak tunjuk sampai jumpe KLCC je..hehe~







No comments:
Post a Comment